"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

February 1, 2011

Selesai merangkak, kini cuba berjalan.



Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Assalamualaikum WBT.


Untuk memperoleh sesuatu kejayaan, memang sukar untuk dicapai dengan seorang diri. Matlamat untuk mengembalikan budaya Islam di kalangan masyarakat itu sendiri agak sukar jika pendekatan yang digunakan salah, tidak di lakukan dengan betul, tiada perncangan, dan yang paling penting adalah tidak mempunyai struktur organisasi yang kukuh.

Kenapa struktur organisasi paling penting untuk mengubah sesuatu? Kerana, manusia hidup berjemaah, bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Kita adalah khalifah, iaitu pemimpin. Untuk pimpin siapa? Sudah tentu untuk pimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ia tidak mustahil dengan izin Allah SWT, Insya-Allah.

Kembali pada persoalan kepentingan organisasi. Cuba kita amik satu metafora di sini. Kita ibaratkan visi kita sebagai sungai yang mengalir dari atas hingga ke bawah, dari hulu ke hilir, dan visi kita adalah membudayakan Islam dengan mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang terbaik yang mesti diamalkan.

Ya, sungai itu adalah visi kita dan, ia mengalir dan kita mahu memastikan visi kita tercapai dengan melakukan perubahan serta pembaharuan mengikut kesesuaian.Tetapi, dengan cara yang bagaimana? Ia ibarat seperti kita mempunyai sebotol kecil air sirap ros yang biasa didapati di mana-mana kedai runcit.Dengan botol sirap itu, kita mahu mengubah sungai yang mengalir kepada air sirap atau sungai sirap. Pelik bunyinya kan? Pasti tidak berjaya!

Tetapi, jika kita tidak berjaya, bagaimana kita nak laksanakan visi kita? Adakah perlu cara misinya? Ini mungkin persoalan yang bermain di minda anda. Tetapi, ada cara lain. Bagaimana kita hendak buat air sirap? Seperti kedai-kedai makan ataupun katering yang menyediakan air sirap tersebut, bagaimana mereka buat air sirap? Adakah makin jelas?

Ya, mereka akan mengambil jag atau cawan dan mengisi ia dengan air, dan menuangkan sedikit sirap ke dalam bekas tadi kemudian di kacau, jangan lupa letak ais, supaya sejuk dan sedap diminum. :)

Itulah jawapannya, cawan atau bekas mengisi air tadi diibaratkan sebagai organisasi. Jika struktur organisasi mantap, pasti sirap yang kita perlu tuang tidak banyak. Itulah misi kita! Misi yang perlu dilakuakan secara istiqamah atau berterusan untuk mencapai visi.

Marilah bersama-sama, memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya kita mampu mencapai visi dan misi PEPIAS PUSAT serta PEPIAS AMPANG yakni untuk mencapai Tamadun Khaira Ummah, insya-Allah.

PEPIAS AMPANG (PEPISANG) sudah selesai menamatkan induksi di PULPA. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa kekangan, matlamat dan hala tuju yang perlu dilakukan untuk penggal ini sudah dicapai. Jangan tunggu dan lihat, tetapi bertindak! Bertindak ke arah kebaikan dengan pantaun dan pertolongan orang yang berpengalaman. Orang muda punyai impian yang mantap, tetapi orang tua mempunyai pengalaman yang sangat berguna untuk orang muda. 

Semoga istiqamah dengan perjuangan  mengembalikan Islam sebagai cara hidup!


>ERJ<