Di sini ada beberapa pendapat berkenaan asal usul Dajjal dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita hanya mampu berikhtiar untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang baik di dunia ini. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa nabi telah bersabda yang mafhumnya , “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim . Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak. Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan fitnah Dajjal kerana ianya mungkin sudah lama bermula dan semakin parah.
Asal-Usul Keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau.
Itu sahaja untuk setakat ini.Sambungan akan diteruskan dari semasa ke semasa...Salam :)
Bulan ramadhan sudah hapir pasti akan meninggalkan kita. Bagaimanakah kita menyambutnya pada kali ini? Sama-samalah tanya diri masing, tepuk dada tanya iman. Adakah kita sedar akan kesudahan ramadhan kali ini sedangakan kita tidak pasti kemampuan kita untuk menyambut ramadhan ada tahun hadapan?
Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dimana bulan ini pahala dlipat kali gandakan. Adakaha kita sentiasa bermuhasabah dengan diri kita sepanjang bulan ini? Cuba renungkan kembali dari hari pertama apa yang telah kita hadapi sepanjang ramadhan kali ini.
Pelbagai ujian yang ditempuhi bagi memastikan kenikmatan berbuka dapat dirasai. Tetapi kita sering alpa apaila melampaui batasnya dalam berbuka dan meninggalkan peluang untuk bersama jemaah di masjid.
Alhamdulilah, Ihya' Ramadhan Mahasiswa Selangor (IHRAM)dapat dijalankan dengan baik sekali. Sesungguhnya program tersebut adalah salah satu medan untuk kita bermuhasabah dan merasai apa orang yang susah rasa.
Selepas ramadhan pasti syawal akan menjelang. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah kembali dan renungkan untuk menjadi yang terbaik untuk ramadhan yang akan datang. Kita berdoa agar dipanjangkan umur dan jodoh supaya dapat diketemukan dengan ramdhan pada tahun hadapan.
Selain itu, untuk memastikan kita berjaya pada ramadhan tahun hadapan, tambahkan ilmu dan buatlah persediaan sebaik-baiknya. Jangan biarkan cita-cita ini runtuh semata-mata oleh pengaruh duniawi.
Agak sedih juga apabila terpaksa melihat ramadhan kali ini pergi. Oleh itu, bersyukurlah apa yang kita ada. Sentiasa ingat akan Allah SWT.
Akhir kata, buat yang terbaik sekarang untuk esok. Seluruh warga PEPIAS Ampang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Di bulan syawal yang bakal menjelang ini, marilah kita sama mengeratkan ikatan silaturrahim dengan mengujung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
Jangan lupa untuk datang ke jamuan raya PEPIAS Ampang :) Salam.
Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
·Menuruti sunnah;
·Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
·Menambah kekuatan untuk beribadat;
·Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
·Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
*sekadar mengkongsi ilmu yang didapati di internet. Seluruh warga PEPIAS Ampang ingin mengucapakan selamat menyambut Ramadhan dan marilah bersama-sama mempertingkatkan amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ini, insya-Allah.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
sumber dari - http://www.saujanautama3.com/?p=2603
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, para Sahabat RadiAllahu Anhum Ajma'in, serta sekalian Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Salam kepada sekalian para Awliya', Ulama', dan Pewaris Nabi dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...
IKHLAS
Ikhlas ini satu jenis 'barang' yang tidak diperdagangkan, suatu yang sukar diperolehi dan berada ia antara perbuatan & niat. Ikhlas, tidak pula bersamaan ia dengan ibadah & muamalat biasa. Sejuta kali manusia mengatakan dirinya ikhlas dalam melakukan sesuatu, sejuta tapak ikhlas melarikan diri darinya. Hanya Rahmat Ilahi bisa menentukan kita di suatu ketika, di suatu waktu, di suatu perbuatan, adakah kita berada di dalam MAQAM IKHLAS??
Satu-satunya manusia yang berada dalam Maqam Ikhlas sepenuhnya sepanjang hayatnya adalah Rasulullah SAW (dalam satu atau dua perkara ada khilaf Baginda yang ditegur langsung oleh Allah swt & Malaikat, contohnya peristiwa seorang Habsyi yang comot datang ke masjid yang menimbulkan rasa 'sesuatu' pada Baginda ini langsung ditegur).
Maqam dan Wilayah Ikhlas tidak boleh diminta seperti meminta 'benda', seperti kereta, kesihatan, isteri, pangkat, Syurga dan lain-lain. Pun begitu, ada juga yang memohon Allah supaya dimasukkan roh Ikhlas ke dalam hatinya. Tapi itu juga sekadar permohonan atau doa. Boleh saja anda berdoa, tapi ikhlas sesungguhnya sesuatu yang sangat mahal. Sifat ikhlas ini pula agak aneh dan pelik. Mungkin juga tak masuk akal. Perbuatan ikhlas tidak langsung dimanifestasikan oleh besar atau mahal perbuatan dan pemberiannya. Tiada ukuran dunia yang mutlak menentukannya. Tidak pula mampu dihurai dan dijelmakan dengan kata-kata. Jauh sekali pertunjukan-pertunjukan seperti persembahan sarkis dan pertandingan lagu layaknya. Tak boleh, tak boleh, tak boleh!!!!
Wah, mahal ya ikhlas ini. Di mana nak cari? Hah... Carilah kalau jumpa. Ikhlas bersembunyi di hujung dunia kepada sesiapa yang mencarinya. Berlarilah kita ke hujung dunia. Ikhlas menyelinap ke lipatan bumi ke-7. Masuklah kita ke situ. Ikhlas melesit laju ke lapisan langit ke-7. Akhirnya kita lelah dan terdampar mencari ikhlas. Ikhlas tak 'hingin' dicari. Kalau dicari, menghilanglah ia.
Ajaibnya ikhlas kerana perbuatan yang kecil, bahkan sangat kecil pada mata makhluk (seperti Sabda Rasulullah SAW mengenai “mengutip duri dijalanan”). Itu kan kecil sahaja. Susah kah mengutip duri atau paku atau apa-apa sahaja yang menghalang dan menimbulkan risiko kepada manusia di tempat lalu lintas? Tapi waktu anda melakukannya, anda lakukan secara paling tulus (jumpa sikit kembar ikhlas - tulus - ya, tulus). Dan pada masa itu, anda tak minta orang tengok pun amal anda itu. Anda pun tak minta balasan dari Allah. Tak terlintaspun amalan anda itu adanya timbal balik (balasan). Maklumlah ‘ciput’ (sikit) je. Tapi waktu itulah tanpa anda sedari, anda telah tiba-tiba berada dalam Maqam Ikhlas.Mungkin sedetik, mungkin dua detik. Tapi, MasyaAllah!! Amalan itu menaiki jinjang-jinjang langit tanpa ada ‘filter’ (halangan). Terus sahaja…
Bila pula IKHLAS pakai QUANTUM ni?
Quantum, ya??
Sebagai gambaran jika kita membelah sebiji mempelam, kita akan mendapatkan dua belahan yang lebih kecil. Kemudian belahan tersebut dibelah lagi dan lagi hingga mendapatkan bentuk terkecil. Kalau istilah sainsnya dari belahan benda atau organ, kepada sel, kepada molekul, kepada atom dan terakhir kepada sub atom (kajian sains bernoktah di sini setakat hari ini, besok mungkin akan mereka jumpa lagi partikel yang lebih kecil).
Saya nak tanya, Roh itu macam mana ya? Di mana tahap halus atau lathifnya?? Dan memang akan ada lagi yang lebih kecil…
Hingga terwujud suatu benda yang berupa vibrasi (getaran). Sehingga dapat digambarkan dalam Ilmu Fisikal Quantum tidak mengenal benda padat. Diri kita, baju kita, kereta kita, komputer kita, hingga semua bendalah di dunia ni. Bukan benda padat. Manusia akan menjumpai sesuatu yang tidak boleh dipecahkan lagi dalam bentuk gelombang atau frekuensi tenaga (kaedah inilah yang digunakan untuk memindahkan Istana Ratu Balqis oleh pembesar dalam pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as - rujuk Surah An-Naml: 38).
Yang membezakan antara benda, satu dengan yang lain adalah frekuensinya. Dalam pengertian Quantum Ikhlas, semua benda di alam semesta adalah menyatu, tidak terpisahkan oleh jarak, ruang dan waktu. Sehingga jika seseorang mencapai level Quantum, kita dapat merasakan vibrasi alam semesta yang menyatu membentuk suatu harmoni yang begitu indah. Bahkan, tingkat yang lebih tinggi kita dapat merasakan hadirnya Sang Khaaliq, Yang Maha Pencipta Yang Menguasai Alam Semesta.
Mengapa istilah ‘Quantum Ikhlas’ dipakai dalam pengertian ini??
Karena jika seseorang mencapai level Quantum, mereka akan merasakan memiliki segala-galanya. Dengan erti menyatu dengan alam, dapat merasakan vibrasi seluruh alam semesta, dapat merasakan burung-burung yang beterbangan, mampu merasakan bumi yang beredar, bintang-bintang yang bertebaran dan bisa merasakan galaksi-galaksi yang beredar. Inilah sebab mengapa para WaliAllah dapat berinteraksi dengan pokok-pokok, batu-batu , binatang dan sebagainya.
Quantum Ikhlas mereka sudah pergi ke tahap paling halus. Mereka mampu menjengah setiap lapis frekuensi atau gelombang sehingga sampai ke gelombang batu-batan, mampu bercakap dengan batu, sampai ke gelombang pokok-pokok, dapat bercakap dengan pokok dan seterusnya. Dengan gelombang juga mereka melipat bumi (bergerak cepat). Kejab hadir disitu, kejab ada disini (rujuk peristiwa Tok Ku Pulau Manis yang sekelip mata membawa durian dari Terengganu yang diingini gurunya sedangkan waktu itu ia ada di hadapan gurunya di Mekah!!!). Dan begitulah seterusnya. Bagaimana?? Sudah nampak sekarang?
Orang yang melakukan amal di saat paling ikhlas, keberadaan jasadnya hampir hilang. Posisinya sudah berada pada tahap roh, parallel - menyatu dan begitu hening hingga ia tak merasa apa-apa akan perbuatannya. Kalau dia solat, solatlah ia tanpa suruhan makhluk, tanpa inginkan syurga, tanpa takutkan neraka. Begitulah seterusnya. Dan kalau ambil duri di jalanan dah kira sangat bagus, kalau mampu berada dalam lokasi Ikhlas apatah lagi amalan yang dituntut seperti solat.Solat dalam maqam ikhlas, frekuensinya sangat-sangat dahsyat!! Sebab itu antara dua orang yang bersolat, kedua-dua Maqam mereka mungkin antara langit dan bumi bezanya.
Ingatlah, Ikhlas itu sangat mahal harganya.Tiada mampu dibeli dengan wang ringgit dan emas permata. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kita bisa memasuki wilayah Ikhlas ini. Dan bagi orang-orang yang terpilih pula, sememangnya Maqam Ikhlas mereka Allah swt kurniakan besar buat mereka. Bagi orang biasa pula, seperti saya dan anda para pembaca, berusahalah untuk mencapai Maqam Ikhlas itu dalam melakukan sesuatu amal ibadah. Jangan sesekali timbul perasaan riak, sombong, bangga diri, angkuh dan sebagainya dalam diri ketika melakukan sesuatu amalan walau sekecil-kecil lintasan hati. Sesungguhnya amalan yang disertai Ikhlas yang jitu lagi padu, amatlah besar nilainya disisi Allah Robbul Jalil. Hanya dengan Rahmat Ilahi sahaja bisa menilai tahap Ikhlas seseorang itu. Kita manusia biasa tiada sedikit pun kuasa untuk mengira apatah lagi menentukannya.
Sabda Baginda Rasulullah saw yang mafhumnya: “Sesungguhnya ‘Amal ibadah itu adalah berdasarkan Niat”
Di sini saya sertakan Piawaian Ikhlas. Di harap ia bermanfaat buat anda semua…
Piawai Ikhlas:
ISO - 000000000000000 hingga infiniti.
Gerak Kerja - Melebihi standard Malaikat.
Bidang Kerja - Apa-apa sahaja yang baik hingga sekecil-kecil senyuman pada sekuntum bunga!
Pemantauan - Malaikat 'terlena' seketika untuk memantau dan mencatat.
Kemahiran dan Skill - Tiada Skill Langsung, tiada Gred Kerja.
Produk - Ikhlas demi Ikhlas demi Ikhlas.
Bentuk - Tiada Bentuk Fizikal, 'Tidak Mudah Pecah', 'Tidak Koyak', 'Tidak Dapat Dilihat', 'Payah Dinilai'.
Ganjaran - Sekali-kali Bukan Syurga!
Manual Prosedur Kerja - Asal Tercetus Sahaja di Hati
Sikap Pekerja - 'Tidak Langsung Menyedari Bahawa Dia Sedang Bekerja'!
*Kalau ada lagi, sila tambah ya.
Oklah sampai sini dulu diceritakan bab ini. Segala kelemahan dan kekurangan adalah kekurangan dan kelemahanku, segala kelebihan adalah milik-Nya jua...