"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

July 23, 2009

GERHANA MATAHARI MENURUT PANDANGAN ISLAM

Islam melihat kejadian ini sebagai satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada manusia. Para ulama bersepakat bahawa disunatkan untuk mendirikan solat sunat yang dinamakan solat sunat Khusuf ataupun dengan nama lain solat sunat Gerhana.

Menurut Syeikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul , Solat Gerhana Matahari merupakan sunnat mua'kkad. Disunatkan bagi orang muslim untuk mengerjakannya. Perkara ini disandarkan melalui sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam sahihnya yang bermaksud:

“Dari Aisyah dia bercerita bahwa pada zaman Rasulullah terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengerjakan solat bersama orang ramai. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu beliau ruku’ dan memanjangkannya. Kemudian beliau berdiri dan memanjangkannya (berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama). Setelah itu, beliau ruku’ dan memanjangkan ruku’, ruku’nya pada kali ini lebih pendek dari ruku’ pertama. Seterusnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada rakaat kedua seperti apa yang baginda lakukan pada rakaat pertama. Setelah itu, baginda balik ketika matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada orang ramai. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana karana kematian seseorang dan tidak juga karana kehidupan seseorang. Oleh karana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo'a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah". Setelah itu, beliau bersabda : "Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis"


Hikmah dan sebab Gerhana

Terdapat beberapa sebab dan hikmah mengapa Allah menciptakan kejadian ini. Antaranya yang dijelaskan oleh para Ulama ialah, Allah mahu menakut-nakutkan hambanya dan membuktikan bahawa Bulan dan Matahari tidak lebih dari kekuasaan-Nya. Abu Musa ada menyebut bahawa tanda-tanda ini ialah disebabkan Allah mahu menakutkan para hamba-Nya. Kata beliau, "Tanda-tanda yang Allah kirimkan ini bukanlah karena kematian atau kehidupan seseorang, tetapi Allah sedang manakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, maka jika kalian melihat sesuatu yang demikian itu, bersegeralah untuk mengingat Allah, berdo’a dan meminta ampun kepada-Nya"[2].


Selain daripada menakutkan para hamba-Nya, menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?


Tata-cara solat Sunat Gerhana:

1. Tidak ada Azan atau Iqomat.

Hujahnya: Para ulama telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan azan dan iqomah bagi solat gerhana[3]. Apa yang disunnahkan[4] ialah dengan bersuara kuat menyeru dengan seruan " Ash-Shalaatu Jaami'ah". Yang menjadi dalil bagi hal tersebut adalah apa yang ditegaskan dari Abdullah bin Amr ,dia berkata : "Ketika terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullahs.a.w diserukan : Innash Shalaata Jaami'ah" Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani.[5]


2. Jumlah Rakaat adalah dua.

Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Ada dua kali sujud dan dua kali ruku’ pada setiap rakaat. Jadinya ada empat sujud dan empat ruku’ bagi solat sunar gerhana dua rakaat ini.

Cara: Semasa rakaat pertama selepas selesai membaca surah al-fatihah dan apa-apa surah dari Quran berdiri lama kejap sebelum ruku, kemudian barulah ruku. Bacaan semasa ruku macam biasa, semasa ruku ini juga perlu ruku dengan lama. Kemudian berdiri semula, dan baca al-Fatihah lagi dan apa-apa surah dari Quran (yang sunnahnya jika pada berdiri pertama itu membaca surah yang panjang, dan berdiri yang kedua itu dibaca surah yang pendek sedikit dari yang pertama).Berdiri yang kedua ini tidak lama seperti berdirinya yang pertama, kemudian ruku, dan ruku ini juga tidak lama seperti lamanya ruku pertama tadi. Bacaan tetap seperti biasa yang dibaca semasa solat fardhu.

Kemudian sujud seperti biasa iaitu dua kali sujud, cumanya disunnahkan memanjangkan sujud pertama dari sujud kedua. Setelah sujud, kemudian naik seperti mana rakaat pertama. Dan ulang kembali sepertimana yang dilakukan semasa rakaat pertama. Sehingga selesai solat sunat Gerhana.


Dalilnya:

Hadith dari Ibnu Abbas, dia berkata:

"Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka baginda pun berdiri dengan waktu yang panjang sepanjang bacaan surah Al-Baqarah. Kemudian beliau ruku dengan ruku yang cukup panjang, lalu beliau bangkit dan berdiri dalam waktu yang lama juga (tetapi lebih pendek dari berdiri pertama). Kemudian beliau ruku dengan ruku yang lama (ruku yang lebih pendek dari ruku pertama).

Setelah itu, beliau sujud. Kemudian beliau berdiri dalam waktu yang lama (tetapi lebih pendek dari berdiri pertama). Seterusnya, beliau ruku dengan ruku yang lama ( ruku yang lebih pendek dari ruku pertama). Setelah itu, beliau sujud. Kemudian beliau berpusing, sedang matahari telah muncul. Maka beliau bersabda. "Artinya : Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana karena kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh karena itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka berdzikirlah kepada Allah"

Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, kami melihatmu mengambil sesuatu di tempat berdirimu, kemudian kami melihatmu mundur ke belakang". Beliau bersabda. "Artinya : Sesungguhnya aku melihat Syurga, maka aku berusaha mengambil setandan (buah-buahan). Seandainya aku berhasil meraihnya, niscaya kalian akan dapat memakannya selama dunia ini masih ada. Dan aku juga melihat Neraka, aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan yang lebih menyeramkan dari pemandangan hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita".

Para sahabat bertanya, "Karana apa, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Karena kekufuran mereka". Ada yang bertanya "Apakah mereka kufur kepada Allah?". Beliau menjawab. "Ertinya : Mereka kufur kepada keluarganya (suaminya), dan kufur terhadap kebaikan (tidak berterima kasih). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat sesuatu (kesalahan) darimu, niscaya dia akan mengatakan : "Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu"[6]


3. Mengeraskan suara semasa solat sunat Gerhana.

Dalilnya: Dari Aisyah ra: Nabi s.a.w menjaharkan(mengeraskan) bacaannya dalam solat Gerhana. Jika selesai dari bacaannya, beliau pun bertakbir dan ruku. Dan jika dia bangkit ruku, maka beliau berucap : "Sami Allaahu liman Hamidah. Rabbana lakal hamdu". Kemudian beliau kembali mengulang bacaan dalam solat gerhana. Empat ruku dalam dua rakaat dan empat sujud." [7]


4. Solat Sunat Gerhana ini dilakukan secara Jamaah di Masjid

Dalilnya: sebuah riwayat hadith dari Aisyah, dia berkata, "Pada masa hidup Rasulullah pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian beliau berdiri dan bertakbir, dan
orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau.[8]



===============================================================================

[1] Dikeluarkan oleh al-Bukhari ( Nombor 1041, 1057, 3204) dan Muslim (Nombor 911)

[2] Dikeluarkan oleh al-Bukhari (1059) [2/704] Al Kusuf 14; dan Muslim (912)

[3] Fathul Baari (II/533) dan Masuu'atul Ijmaa (I/696)

[4] Syarhul Umdah, karya Ibnu Daqiqil Ied (II/135-136). Dan juga kitab Fathul Baari (II/533).

[5] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab An-Nidaa bish Shalaati Jaami'ah fil Kusuuf (hadits no. 1045). Dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Dzikrun Nidaa bi Shalaatil Kusuuf : Ash-Shalaatu Jaami'ah, (hadits no. 910). Lihat Jaami'ul Ushuul (VI/178)

[6] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatil Kusuuf Jama'atan, (hadits no. 1052), dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Maa 'Aradha Alan Nabi صلی الله عليه وسلم fii Shalaatil Kusuuf min Amril Jannah wan Naar, (hadits no. 907). Dan lihat kitab. Jaami'ul Ushuul (VI/173).

[7] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Al-Jahr bil Qiraa'ah fil Kusuuf, (hadits no. 1065) dan lafazh diatas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf, (hadits no. 901). Lihat Jaami'ul Ushuul (VI/156). Takhrij hadits ini telah diberikan sebelumnya, tanpa memberi isyarat kepada riwayat ini.

[8] Al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya : Bab : Shalatul Kusuuf fil Masjid. Di dalamnya dsiebutkan hadits Aisyah رضي الله عنها di atas dengan riwayat yang didalamnya terdapat ucapannya : "Kemudian pada suatu pagi Rasulullah صلی الله عليه وسلم menaiki kendaraan, lalu terjadilah gerhana matahari. Kemudian beliau pulang kembali pada waktu Dhuha, maka beliau pun berjalan di antara rumah-rumah isteri beliau . (hadits no. 1056).


July 4, 2009

PANDUAN MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERKESAN

  • Utamakan pekerjaan atau aktiviti yang lebih penting daripada yang kurang penting. Contohnya pekerjaan yang tergolong kategori fardu ain perlu diutamakan berbanding pekerjaan yang dikira fardu kifayah. Oleh itu, solat perlu diutamakan berbanding kerja-kerja lain.
  • Bezakan antara kalut dan sibuk. Kadang kala kita bukannya betul-betul sibuk tetapi sekadar kalut akibat melakukan kerja secara tidak praktikal dan tergopoh-gapah.
  • Jangan sama sekali bertangguh walaupun pekerjaan itu dianggap remeh dan anda rasa mampu lakukan pada saat akhir. Semahir mana pun anda, masalah boleh timbul andai pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tiada masa membuat semakan.
  • Jangan mengira yang telah disiapkan, sebaliknya congaklah pekerjaan yang belum dilakukan. Andai anda seorang petani, mencangkul dari pagi ke petang, jangan cuma memandang tanah yang telah dicangkul, sebaliknya toleh ke belakang, lihat tanah yang belum dicangkul. Pasti keluasannya yang lebih banyak daripada keluasan tanah yang telah dicangkul.
  • Menyelam sambil minum air. Lakukan dua pekerjaan yang tak memerlukan daya fokus yang tinggi dalam satu masa. Ini dapat menjimatkan masa, dan boleh dimanfaatkan untuk kerja lain.
  • Bahawa masa yang berlalu takkan kembali. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian." (Surah al-'Asr 103: 1-2). Dengan demikian, kita akan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

June 22, 2009

BATASAN CINTA

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
Mengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


ukhtukum fillah..
ana....

June 15, 2009

ADA APA DENGAN CINTA?

TUHAN MEMBERI KITER 2 KAKI UNTUK BERJALAN,2 TANGAN UNTUK MEMEGANG,2 TELINGA UNTUK MENDENGAR DAN 2 MATA UNTUK MELIHAT.TETAPI…….. MENGAPA TUHAN HANYA MENGANUGERAHKAN SEKEPING HATI PADA KITER? KERANA TUHAN TELAH MEMBERI SEKEPING LAGI HATI PADA SESEORANG UNTUK KITER MENCARINYA. ITUKAH NAMANYA CINTA.ADA 2 TITIS AIR MATA MENGALIR DI SEBUAH SUNGAI. SATU TITIS AIR MATA ITU MENYAPA AIR MATA YANG SATU LAGI. “SAYA AIR MATA SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SEORANG LELAKI TETAPI TELAH KEHILANGANNYA.SIAPA KAMU PULA?”.JAWAB TITIS AIR MATA KEDUA ITU,”SAYA AIR MATA SEORANG LELAKI YANG MENYESAL MEMBIARKAN SEORANG GADIS YANG MENCINTAI SAYA BERLALU BEGITU SAHAJA,”
CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN,DAN KAMU ASIH MAMPU TERSENYUM,SAMBIL BERKATA”AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU.
JIKA KITER MENCINTAI SESEORANG,KITER AKAN SENTIASA BERDOAKANNYA WALAUPUN DIA TIDAK BERADA DISISI KITER.
PERASAAN CINTA ITU BERMULA DARI MATA,SEDANGKAN RASA SUKA DIMULAI DARI TELINGGA.
JADI JIKA KAMU MAHU BERHENTI MENYUKAI SESEORANG,CUKUP SEKADAR DENGAN MENUTUP TELINGA.
TAPI…… APABILA KAMU CUBA MENUTUP MATAMU DARI ORANG YANG KAMU CINTAI,CINTA ITU AKAN BERUBAH…………

AL-ISQ

* KARYA DARI SEORANG TEMAN*

VIRUS AL-ISYQ
Virus yang bernama al isyq (cinta), ternyata telah memakan banyak korban. Mungkin anda pernah mendengar seorang remaja nekad bunuh diri disebabkan putus cinta atau tertolak cintanya. Atau anda pernah mendengar kisah Qeis yang tergila-gila kepada Laila. Kisah cinta yang bermula sejak mereka bersama menggembala domba sewaktu kecil hingga dewasa. Akhirnya sungguh tragis, Qeis benar-benar menjadi gila ketika Laila dipersunting oleh lelaki lain.

Ibnul Qayyim berkata, “Gejolak cinta merupakan jenis penyakit hati yang memerlukan penanganan khusus disebabkan berbeza dengan penyakit lain, baik dari segi bentuk, penyebab, maupun terapinya. Jika telah menggeragut kesucian hati manusia dan mengakar di dalam hati, sulit bagi para doktor mencarikan ubat penawarnya dan penderitanya sulit disembuhkan.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisahkan penyakit ini dalam Al Qur’an tentang dua jenis manusia, pertama, wanita dan kedua, kaum homoseks yang cinta kepada mardan (anak laki-laki yang rupawan).

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisahkan bagaimana penyakit ini telah menyerang isteri Al Azis (Gubenor Mesir) yang mencintai Nabi Yusuf Alaihis Salam, dan menimpa kaum Luth Alaihis Salam. Allah mengisahkan kedatangan malaikat ke negeri Luth Alaihis Salam, yang ertinya: “Dan datanglah penduduk kota itu (ke rumah Luth) dengan gembira (kerana) kedatangan tamu-tamu itu. Luth berkata, “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah membuat aku terhina.” Mereka berkata, “Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia?” Luth berkata, “Inilah puteri-puteri (negeri) ku (kawinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat secara yang halal).” (Allah berfirman), “Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang–ambing di dalam kemabukan (kesesatan).” (QS: Al Hijr: 67-72).

KRITERIA MANUSIA YANG BERPOTENSI TERJANGKIT PENYAKIT AL ISYQ
Penyakit al isyq akan menimpa orang-orang yang hatinya kosong dari rasa mahabbah (cinta) kepada Allah, selalu berpaling dari-Nya dan dipenuhi kecintaan kepada selain-Nya. Hati yang penuh cinta kepada Allah dan rindu bertemu dengan-Nya pasti kebal terhadap serangan virus ini, sebagaimana yang terjadi dengan Yusuf Alaihis Salam. “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih….” (QS: Yusuf: 24).

Nyatalah bahawa ikhlas merupakan immunisasi yang dapat menolak virus ini dengan berbagai dampak negatifnya, berupa perbuatan jelek dan keji. Ertinya, memalingkan seseorang dari kemaksiatan harus dengan menjauhkan berbagai sarana yang menjurus ke arah itu.

Berkata ulama terdahulu yang soleh, “Penyakit cinta adalah getaran hati yang kosong dari segala sesuatu selain apa yang dicinta dan dipujanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman mengenai ibu Nabi Musa Alaihis Salam, yang ertinya: “Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa Alaihis Salam. Sesungguhnya ia hampir menyatakan rahsia tentang Musa, seandainya tidak kami teguhkan hatinya. Supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).” (QS Al Qashas : 10).

Yakni kosong dari segala sesuatu, kecuali Musa; karena sangat cintanya kepada Musa dan bergantungnya hatinya kepada Musa

BAGAIMANA VIRUS INI BERJANGKIT?
Penyakit al isyq terjadi kerana dua sebab. Pertama, kerana menganggap indah apa-apa yang dicintainya. Kedua, perasaan ingin memiliki apa yang dicintai. Jika salah satu dari dua faktor ini tak ada, niscaya virus tidak akan berjangkit. Walaupun penyakit kronis ini telah membingungkan banyak orang dan sebagian pakar berupaya memberikan terapinya, namun solution yang diberikan belum mengena.