"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

July 4, 2009

PANDUAN MENGGUNAKAN MASA DENGAN BERKESAN

  • Utamakan pekerjaan atau aktiviti yang lebih penting daripada yang kurang penting. Contohnya pekerjaan yang tergolong kategori fardu ain perlu diutamakan berbanding pekerjaan yang dikira fardu kifayah. Oleh itu, solat perlu diutamakan berbanding kerja-kerja lain.
  • Bezakan antara kalut dan sibuk. Kadang kala kita bukannya betul-betul sibuk tetapi sekadar kalut akibat melakukan kerja secara tidak praktikal dan tergopoh-gapah.
  • Jangan sama sekali bertangguh walaupun pekerjaan itu dianggap remeh dan anda rasa mampu lakukan pada saat akhir. Semahir mana pun anda, masalah boleh timbul andai pekerjaan yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tiada masa membuat semakan.
  • Jangan mengira yang telah disiapkan, sebaliknya congaklah pekerjaan yang belum dilakukan. Andai anda seorang petani, mencangkul dari pagi ke petang, jangan cuma memandang tanah yang telah dicangkul, sebaliknya toleh ke belakang, lihat tanah yang belum dicangkul. Pasti keluasannya yang lebih banyak daripada keluasan tanah yang telah dicangkul.
  • Menyelam sambil minum air. Lakukan dua pekerjaan yang tak memerlukan daya fokus yang tinggi dalam satu masa. Ini dapat menjimatkan masa, dan boleh dimanfaatkan untuk kerja lain.
  • Bahawa masa yang berlalu takkan kembali. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian." (Surah al-'Asr 103: 1-2). Dengan demikian, kita akan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment