"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

April 29, 2010

MENGAPAI KETENANGAN HIDUP


Assalamualaikum..

Adalah merupakan keinginan manusia, tidak kira siapapun, baik para ulamak atau insan biasa, hatta mungkin insan yang sering melanggar perintah Tuhan sekalipun, mendambakan hidup yang tenang, tenteram, dan bahagia..
Rasanya sangat tidak normal sekiranya ada insan yang sanggup menolak ketenangan hidup..Pelik sungguh!!

Ketenangan menurut Islam dapat dirasai oleh siapa saja yang inginkan dan berusaha kearahnya. Adalah sangat bertuah sekiranya kita dapat mengecapi sebuah ketenangan. Meskipun kaya atau miskin, tua ataupun muda. Ketenangan itu adalah hak milik setiap hamba yang dikasihi Allah S.W.T.

Islam sering mengkaitkan kebahagiaan itu dengan ketakwaan. Ketakwaan itu menjadi prasyarat sebuah ketenangan sebagaimana janji Allah S.W.T
. Namun begitu, ternyata dalam perjalanan menuju ketenangan yang didambakan tersebut tidak semudah yang disangkakan.

Tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu lah yang mengatur hati menjadi kunci hadirnya sebuah ketenangan. Islam memiliki konsep-konsep untuk mengatur hati agar tetap stabil dan jauh dari sifat keputus asaan. Di antaranya iaitu Islam melarang "israf", berlebihan dalam segala hal, berlebihan dalam makan minum, dan berlebihan dalam berangan-angan.

Semoga akhir hidup kita ini,sangat mengharapkan ketika malaikat Izrail mencabut roh, nyawa kita dalam keadaan tenang, tenteram, sehingga Allah akan memanggil kita : "wahai jiwa yang tenang pulanglah ke Tuhanmu dengan penuh redha, masuklah ke dalam golongan hambaku yang layak ke syurgaku"

InsyaAllah!!

p/s : gambar ini adalah hiasan semata-mata,tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati.. Hehehe.. (",)v

April 27, 2010

KEMANA KITA MENYERU


Assalamualaikum..


Islam telah menyeru pengikutnya:
"Berpeganglah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu masa jahiliyyah bermusuh-musuhan maka Allah menjinakkan antara hati kamu lalu menjadilah kamu dengan nikmat Allah orang-orang yang bersaudara”.


Dalam ayat yang lain Allah berfirman pula:

"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara”.


Di kesempatan yang lain Allah berfirman pula:

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan
sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi yang lain”.

RasuluLlah S.A.W pula bersabda:

"Jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang
bersaudara”.

Demikianlah generasi Islam yang terdahulu memahami pengertian ini daripada Islam. Kepercayaan mereka kepada agama Allah telah mengabadikan perasaan kasih sayang dan kemesraan, mengabadikan ta'aruf
(kenal mengenal) lambang persaudaraan yang murni hinggalah keseluruhan mereka menjadi satu.. Satu hati, satu kekuatan, satu semangat, satu perjuangan, dan satu ukhwah hinggalah Allah menyebutkan kurniaan ini dalam Al-Qur'an.

Kesimpulannya, eratkan lah silaturahim antara muslim.. Sentiasa menjaga hati dan menghormati setiap insan yang dikenali..Kerana hidup itu,perlu ada pengorbanan..

"..kita bukan orang baik,tetapi nak jadi baik.."


April 18, 2010

Solat dan lima jenis manusia

Tazkirah Remaja:
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.(Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

April 1, 2010

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur




Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)



artikel dipetik dari www.iluvislam.com