"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

May 24, 2010

Adab berjiran

Assalamualaikum w.b.t.



Pada tanggal 24 Mei, usrah cawangan ampang telah membincangkan topik tentang adab berjiran. Usarah dijalankan berdasarkan latar belakang jiran setiap ahli yang hadir. Ahli usrah yang hadir datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang kampungnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Penang, Selangor dan Kuala Lumpur. Kami juga ada membincangkan tentang perbezaan jiran di bandar dan kampung. Selain itu, terselit juga bagaimana adab kejiranan di Indonesia dan Jepun.

      Negara yang baik mempunyai masyarakat yang baik, masyarakat yang baik datang dari kejiranan yang baik, kejiranan yang baik datang dari keluarga yang baik, dan keluarga yang baik datang dari induvidu yang baik. Jadi, jiran adalah mereka yang tinggal di sebelah kiri,kanan,atas, dan bawah sebanyak 40 buah rumah. Kebelakangan ini, di kebanyakan kawasan di bandar, sudah semakin hari hilang perasaan ingin mengambil tahu siapa jiran mereka.

    Kampung pula menunjukkan kejiranan yang berlainan dari bandar kerana adab erjiran masih dapat ditekankan.Sebagai contoh, jika ada kenduri kahwin, ramai jiran tetangga yang turun padang menawarkan pelbagai bantuan kepada keluarga si pengantin. Ada diantara mereka yang sudi untuk memasak, bergotong-roypng membersihkan halaman rumah, membuat bunga telur dan pelbagai lagi. Kini budaya tersebut semakin hilang apabila kebanyakan kenduri kahwin menggunakan khidmat katering bagi memudahkan pihak pengantin.

   Selain itu, masjid atau surau di sesebuak kawasan penempatan juga memainkan peranan penting. Ini kerana, jika ada yang baru pindah ke kawasan tersebut, keluarga baru akan singgah ke masjid untuk mengajak ke rumah mereka kerana mengadakan kenduri. Selain itu juga, apabila ramai jemaah yang hadir ke masjid bagi menunaikan solat fardhu, apabila salah seorang ahli jemaah itu tidak datang, pasti para jemaah akan mengambil berat tentang salah seorang jemaah yang tidak hadir dan beranggapan dia tidak sihat dan menziarahinya.

    Banyak lagi kekurangan rakyat Malaysia dari segi adab berjiran. Disebabkan kurang mengambil tahu hal jiran, pelbagai masalah mungkin terjadi dan jika anak jiran mereka melakukan sesuatu kemungkaran, mereka mungkin tidak akan menegur. Oleh itu, terjadilah masalah sosial di kalangan remaja yang kian meningkat. Masing-masing sibuk dengan ekonomi keluarga yang tidak mencukupi dan jika dahulu si suami sahaja yang bekerja, sekarang isteri pun bekerja. Jikalau anak sulung mereka sudah besar pun akan cuba membantu keluarga dengan bekerja ekoran ekonomi keluarga yang sentiasa tidak mencukupi.

    Kadangkala, mungkin kita risau apabila jika kita mengambil tahu hal ehwal jiran kita akan dilabel sebgai menjaga tepi kain orang. Di sini, ada ahli memberi cara untuk mengatasi mereka yang tidak ingin kainnya dijaga. Sebgai contoh kita terdengar si ibu memarahi anaknya atau si suami bergaduh si isteri. Apa yang kita boleh usaha untuk rapat dengan jiran kita adalah dengan memberi nota kecil dan di dalam nota kecil tersebut ada tertulis teguran yang ingin kita sampaikan kepada jiran kita. Jangan mudah untuk berputus asa dan senantiasa tegur jiran kita dengan salam dan senyuman yang ikhlas.

    Di Indonesia, konsep kejiranan mereka amat jitu dan rapat sekali. Sampaikan apabila ke masjid, mereka akan membiarkan motor mereka dengan kunci motor di tempat letak motorsikal. Rumah dibiarkan terbuka dan jiran lain boleh masuk sesuka hati. Jepun pula mempunyai akta kejiranan di mana jiran boleh menyaman jiran yang tidak mahu menegur mereka atau yang tidak mempedulikan langsung tentang antara satu sama lain.

  Adab berjiran perlulah disemai dalam setiap inidividu dan keluarga. Ia merupakan elemen penting bagi membanteras kemungkaran. Sentiasalah ziarah-memziarahi, tukar juadah makanan, mengambil berat, mengajak kepada kebaikan dan meningalkan kemungkaran. Semoga dengan kejiranan yang baik mampu menjadikan Malaysia negara yang baik. Sekian.

No comments:

Post a Comment