"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

May 15, 2010

Hari Belia Kebangsaan- Konvesyen Belia Kebangsaan

Assalamualaikum W.B.T.

Pada hari sabtu, 15 Mei 2010, PEPIAS cawangan Ampang telah menerima jemputan untuk hadir ke Konvensyen Belia Kebangsaan. Kami menghantar dua orang wakil iaitu Rozaidi Jamaludin dan Zahirudin ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis bermula agak lewat dari masa yang ditetapkan iaitu dalam pukul 9.30 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Tani. Selepas ucapan perasmian, terdapat sesi dialog bersama menteri. Selepas sesi dialog, penyampaian cenderahati kepada YB Datuk Seri Hj. Noh Omar dan minum pagi. Selepas minum pagi, slot yang seterusnya adlah pembentangan kertas kerja tentang Pertubuhan Belia dan Pelajar IPT oleh Encik Sa'adon bin Suraji. Selepas itu, dalam pukul 12.00, terdapat pula sesi dialog bersama Majlis Belia Malaysia. Kemudian majlis penutup. Dalam majlis penutup ditayangkan video korporat Anugerah Belia Remaja, ucapan perasmian penutup, penyampaian sijil kepada peserta, dan penyampaian Anugerah Belia Remaja Negara. Selepas tamat sesi majlis penutup, semua tetamu dijemput untuk makan tengahari.

Objekti konvesyen,
  1. Untuk memaklumkan tentang pelaksanaan Akta 668 kepada para pemimpin pelajar dan persatuan pelajar di IPT
  2. Untuk memberi pendedahan awal dikalangan mahasiswa dan mahasiswi tentang penubuhan persatuan belia.
  3. Untuk memberi maklumat-maklumat berkenaan peraturan prosedur penubuhan persatuan.
Kesimpulan:-

Banyak benda yang saya dapat dalam program ini. Kita harus sedar tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang tidak semestinya fokus pada pelajaran sahaja. Kita perlu tahu tanggungjawab orang muda dalam mengambil tahu masalah gejala sosial yang kian meruncing di negara kita. Janganlah asyik nak menyalahkan kerajaan dan menghentam kerajaan apabila masalah ini berlaku, sepatutnya kita yang perlu berdiri untuk menangani isu dan berdikari dalam menjalankan sesuatu program. Janganlah jadi orang yang hanya pandai bercakap apabila melihat sesuatu masalah, bercakap nak berapi-api sampai meletup-letup, kutuk sana sini, tambah dosa lagi dan akhirnya tak buat apa-apa. Masalah belia semakin lama semakin banyak. Untuk melihat pemimpin masa hadapan, lihatlah belia pada masa sekarang. Kalau kita asyik cakap tak serupa bikin, hancurlah belia di negara ini. Selain itu, kita perlulah bijak berdikiri ketika menghadapi krisis kewangan. Perlu mengambil langkah yang baik untuk menghadapi masalah kewangan yang munkin terjadi ketika untuk membuat program. Persatuan yang ditubuhkan perlu bijak untuk membudayakan semula Islam di negara ini. Semua persatuan perlulah mempunyai matlamat yang satu. Majlis Perwakilan Pelajar dari pelbagai IPTA dan IPTS yang hadir, perlu memainkan peranan yang banyak dalam usaha untuk menangani masalah ini dan janganlah asyik nak bersuap sahaja. Alhamdulilah, dengan tamatnya program ini, semakin jelaslah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ia memang tidak lari dari apa yang PEPIAS juangkan selama ini, iaitu membentuk seorang pemimpin muda supaya mempunyai jati diri yang kuat. Pemimpin negara akan datang perlulah dibentuk dari sekarang. Sekian, Wallahualam...

No comments:

Post a Comment