"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

June 1, 2010

Kesatuan semakin hilang? Oh, dimanakah ukhwah?

    Pernahkah anda menonton rancangan permainan realiti televisyen SURVIVOR? Permainan ini menguji tahap fizikal dan mental peserta. Para peserta ditinggalkan di sebuah pulau dan mereka semua bekerjasama untuk membina tempat tinggal, mencari makan, mencari sumber air dan bekerjasama dalam memastikan kumpulan masing-masing menang di dalam permainan yang menawarkan ganjaran yang menarik.

     Setiap kali di akhir rancangan ini, pasti akan seorang peserta diundi keluar melalui cara undi diantara setiap ahli kumpulan. Peserta yang diundi selalunya bukan yang paling lemah tetapi yang paling bijak atau kuat di kalangan ahli. Bagaimana ia terjadi? Semuanya adalah untuk kepentingan diri sendiri apabila masin-masing ingin membolot hadiah terakhir permainan SURVIVOR ini bernilai USD 1,000,000. 

     Memang banyak wang yang ditawarkan dan siapa yang mampu bertahan hingga hari terakir dan diundi oleh peserta yang terkeluar yang paling banyak berjaya mendapat USD 1 juta. Tetapi bukan hadiah yang ingin diceritakan disini tetapi realiti kehidupan manusia yang ditonjolkan dan ia adalah realiti kehidupan sekarang. 

     Sebagai contoh, setiap peserta yang diundi keluar mesti mempunyai undian yang majoriti. Minoritinya adalah undian peserta yang terkeluar iaitu satu undi sahaja. Kira, terdapat unsur hasut-menghasut dan tikam belakang dikalangan peserta untuk memilih siapkah yang perlu mereka keluarkan.Di sini, kita akan nampak budaya yang tidak elok apabila berbisik dan merancang untuk menjatuhkan seseorang. Kadangkala, teman baik pun sanggup diundi keluar.

    Itulah realiti umat Islam pada hari ini. Walaupun hidup berjemaah, matlamat hanya satu iaitu memperjuangkan Islam tetapi, ada sahaja mereka yang suka untuk menjatuhkan seseorang atau kebersamaan dan kesatuan telah hilang. Masalah ini sudah berlaku sejak dahulu lagi ketika zaman Nabu Muhammad S.A.W lagi. 

      Jika kita sering baca sejarah Islam, terdapat juga masalah ini di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh dimana, ulama' yang ada pada zaman itu tidak puas hati dengan seorang ulama' yang mampu menghidupkan orang yang sudah mati. Meskipun ulama' itu mendapat bantuan dari Allah SWT. Begitulah kuatnya godaan syaitan. Adakah benar apabila kita digoda syaitan mata kebaikan menjadi buta?

   Umat Islam sekarang ini tidak lemah dan tidak pula kuat. Kita sering dan mudah ditindas. Kita mudah melatah apabila agama Islam dihina. Bila sudah dihina barulah kita sedar kita ini Islam. Selama ini kita alpa.Barulah masing-masing hendak mengadakan demonstrasi, boikot-memboikot tetapi asas-asas Islam ditinggalkan.

     Berapa kerat yang menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam? Solat fardhu ini adalah tiang agama, solat juga amat penting malah Rasulullah SAW menerima wahyu ini terus-menerus dari Allah SWT tanpa melalui malaikat Jibril.

     Sekarang, apa yang penting adalah duniawi, keseronokan dan dibiarkan diri sendiri dipengaruhi oleh keseronokan yang dirancang oleh yahudi untuk menjatuhkan umat Islam.Sungguh mudah terpengaruh apabila iman sangat tipis didalam dada. Sungguh mudah kita terpengaruh apabila nafsu menguasai diri ekoran kurang jati diri yang mantap.

   Isu yang paling hangat sekarang ini antaranya adalah sandal Crocs dan Israel menawan kapal-kapal konvoi yang memberi bantuan ke Palestin. Saat-saat macam ini barulah kita nak kecam Israel. Sudah cukupkah ilmu kita? Sudah cukupkah iman kita? Sudah cukupkah persiapan kita untuk berperang dengan Israel suatu hari nanti? Ia pasti datang. 

   Kawan saya sendiri menyatakan, apabila dia pergi ke sebuah ceramah, di suatu masa nanti akan berlaku perang dunia ketiga. Ketika itu, apabila selesai perang tersebut, Israel akan menjadi pusat kepada seluruh dunia sama seperti berlaku pada perang dunia pertama di mana Britain menjadi sebuah negera yang kuat. Kemudian, sekarang ini dunia selalu menumpukan perhatian terhadap Amerika Syarikat selepas perang dunia kedua. Adakah betul atau tidak Israel akan menjadi negera pusat seperti Britain dan Amerika Syarikat? Wallahualam.
   
   Jadi, disini, bersamalah kita bekerjasama dan menyatukan iman antara satu sama lain. Malaysia hampiri pupus budaya Islamnya. Bersama-sama kita cuba membudayakan Islam ini kembali di kalangan masyarakat terutamanya remaja. Jangan lupa remaja adalah pemimpin generasi masa hadapan.Salah satu doa Rasulullah SAW yang ditolak Allah SWT adalah umat Islam sentiasa bersatu hati dan iman. 

   Ini kerana, Allah SWT ingin melihat, siapakah dikalangan hamba-Nya yang kuat supaya mampu menyatukan hati umat Islam seperti Slahudin Ayubi. Beliau berjaya menyatukan umat Islam untuk menawan Jerussalem. dalam Perang Kristian. Islam haruslah dibudayakan kembali dan bukan hanya Islam sekadar nama. Bukan bila tiba hari Raya baru kita sedar kita ini Islam dan menyambutnya. Sama seperti bila puasa tidak mahu rayu terhegeh-hegeh untuk sambut. 
      
      Marilah kita menambah ilmu, mempertingkatkan amalan, bersatu hati untuk agama Islam dan sentiasa bersedia di kala tidak bersedia. Jangan mudah putuskan hubungan yang baik, jagalah ukhwah yang sedang digengam. Semoga kita mempu menghadapi cabaran dan dugaan yang sering dilontorkan. 
        
       Jangan binmang, semua itu dapat mengkuatkan lagi iman kita kerana Allah SWT sentiasa menguji iman kita. Bersama-sama muhasabah diri dan jangan cakap tidak serupa bikin. Bersama-samalah mengeratkan ikatan silaturrahim. Doakanlah untuk semua umat Islam tidak kira di Palestine atau di mana-mana sahaja. Itulah senjata kita sebagai umat Islam.

      Terkesan dengan kata-kata ini, 'jika tiada musibah di dunia, bagaimanakah kita hendak tahu sejauh mana kekuatan iman kita'. Jadi, jangan kecewa dengan masalah kerana jika semua benda nak senang itu bukanlah dunia. (^_^)
 
sumber dari edirozaidi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment