"..Salam Ukhwah Dan Salam Silaturahim Buat Para Pembaca Blog PEPIAS Ampang.."

June 18, 2010

Mencari kekuatan dalam kelemahan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Pengalaman adalah guru yang agak tegasdan keras. Ini kerana, ia memberi kita ujian dahulu barulah ia mengajar kita. Itulah pengalaman. Ia tidak diajarkan di sekolah tetapi ia diperoleh dengan cara kita mencarinya. Pengalaman amatlah berharga jika situasi yang dihadapi memberikan sebuah pengajaran yang sangat berguna dan kesannya langsung terus ke hati. Dengan pengalaman, kita boleh membantu orang lain kerana dengan menceritakan pengalaman kita kepada orang lain, sedikit sebanyak ia mampu membantu orang tersebut. Pengalaman yang berharga kepada orang lain adalah untuk memastikan mereka nampak jalan yang perlu dilalui sama ada penuh dengan duri, jalan yang bengkang-bengkok sebelum menemui jalan yang lurus atau jalan kehancuran.

Ada sebuah kisah di mana seorang ibu melarang anaknya menyentuh cerek yang panas. Anaknya baru berusia empat tahun. Biasanya, perasaan ingin tahu kanak-kanak kecil amatlah tinggi. Si anak tidak mendengar kata-kata ibunya dalam erti kata lain degil. Apabila ibunya melangkah pergi meningalkan dapur, dan pada ketika itu situasi sekeliling dalam keadaan yang baik, dia pun dengan perasaan yang bangga samabil tersenyum kambing menyentuh cerek yang baru sahaja selesai memanaskan air paip. Anak itu melekapkan tapak tanganya ke cerek dan terus dapat merasakan satu perasaan yang kurang menyenangkan dan dia dapat merasakan tangan dia sakit. Si anak meraung dengan kuat dan air mata mencurah membasahi pipi sambil tangan kirinya memegang pergelangan tangan kanannya. Tangan kanannya mengigil mengeletar akibat kesakitan yang dihadapi. Tangan terasa berdenyut-denyut.

Si ibu terkejut mendengar jeritan si anak lalu pantas mendapatkan anaknya. Si ibu kelihatan sungguh risau dan bertanya kepada anaknya apa yang berlaku apabila melihat tangan anaknya kemerahan. Ananknya hanya mampu menujukkan cerek yang panas tadi dengan jari telunjuk kirinya sambil menangis. Si ibu tersenyum dan menarik telinga anaknya sambil berletar kerana kedegilan anaknya. Si ibu bangun dan membawa anaknya ke sinki untuk membasuh tangan anaknya. Kemudian dia meletakkan ais di tapak tangan anaknya.Sedikit sebanyak rasa sakit anaknya dapat dikurangkan.

Pengajaran yang boleh diambil disini ialah kita mungkin tidaka tahu apa akibatnya jika kita membuat sesuatu keputasn sebelum bertindak. Tetapi, perasaan ingin tahu remaja zaman sekarang amat berbeza. Mereka lebih kepada terdorong melakukan perkara yang negatif dalam mencari keseronokan dan hiburan yang melampau. Walaupun sudah banyak kali dinasihati, tetapi mereka tetap mahu cuba. Sebagai contoh hisap dadah, minum arak, seks bebas dan lain-lain. Kesan dan akibat selepas itu pasti tidak akan membawa pengalaman yang baik buat mereka malah, dosa yang ada mungkin bertambah.

Sebagai contoh kes pembuangan bayi di Malaysia yang acapkali dipaparkan di dada-dada akhbar, televisyen dan radio. Itulah realitinya. Anak-anak kecil yang baru sahaja lahir dibiarkan, dibuang dan ditinggalakan tanpa ada rasa keperimanusaian. Dimanakah hilang kasih sayang? Sungguh sedih sekali apabila bayi yang baru lahir ini dibuang di tandas, tong sampah, longkang dan di tempat yang tidak sepatutnya. Binatang pun tahu menyayangi anaknya.

Pengalaman praktikal di sebuah syarikat swasta, membawa seribu erti walaupun baru bekerja selama dua minggu. Kerja yang dilakukan tidak semudah apa yang dibayangkan kerana pelbagai tekanan perlu dihadapi seperti cuaca yang panas terik, rehat yang tidak mencukupi, makan tidak tentu masa dan kekurangan masa untuk diri sendiri dan orang lain. Kerka-kerja kontraktor di tepi jalan kita pandang sinis sebelum ini. Tetapi, mungkin sudah ditakdirkan saya diletakkan di tempat itu, barulah dapat memahami kesusahan yang dihadapi oleh meraka yang susah. Hidup hanya untuk kerja.

Saya dapat memahami perasaan mereka yang datang dari jauh untuk mencari kerja semata-mata untuk menanggun pendapatan keluarga. Bayangkan apabila mereka bekerja tidak mengikut waktu dan keletihan jelas terpancar di muka. Tubuh semakin lama semakin lemah tetapi demi keluarga, mereka sanggup menempuhinya. Jelas terpancar dugaan yang dihadapi apabila melakukan kerja-kerja sebegini. Terasa menyesal tetapi, sentiasa cuba muhasabahkan diri kembali. Diri ini cuba mencari kekuatan dalam kelemahan. Kekuatannya ada pada rakan-rakan yang kerja bersama apabila setiap hari mereka akan membuat lawak dan ia pasti membuat seseorang itu sentiasa tersenyum pada mulanya dan pasti akan gelak apabila terasa lucu.

Sedikit sebanyak, setelah kenal dengan kawan-kawan baru, saya cuba meletakkan diri ke tempat diorang. Ada yang datang dari jauh mengembara ke Kuala Lumpur untuk mencari duit. Kenapa tak nak sambung belajar? Dia jawab dia tidak minat, ketika sekolah menengah dulu pun dia sudah pandai mencari duit sendiri untuk menjadi duit saku untuk dia makan di sekolah. Dia sudah tidak meminta dari ibu dan bapanya. Setelah habis SPM, datang ke Kuala Lumpur seorang diri dan tidur di stesen bas pudu beberapa hari sebelum mendapat kerja.

Banyak sungguh pengalamannya. Usia sebaya tetapi pahit dan manis ditempuhnya dengan tabah. Dia lah rakan yang sentiasa mampu menceriakan saya apabila mengusik kawan sekerja yang lain. Kita memang tidak sedar akan perkara ini jika kita tidak diletakkan pada tempatnya. Kita langsung tidak tahu-menahu kesusahan orang yang susah. Cuma sekadar mendengar dan mendengar sahaja. Ramai lagi orang sepertinya dan Alhamdulilah dia masi dipelihara Allah SWT apabila saya tidak nampak penderitaannya. Tetapi, sedarkah kita, masih ramai fakir miskin yang memerlukan makanan, memerlukan tempat tinggal dan memerlukan keselamatan. Mereka tidak mampu pergi ke sekolah kerana keluarga mereka tidak mampu.

Sedarkah kita apabila ramai mubaligh Kristian cuba mengambil kesempatan ini untuk berdakwah kepada golongan yang kurang bernasib baik ini. Mereka memberi makanan, rawatan percuma, pendidikan dan perasaan selamat supaya mereka ini memasuki agama mereka. Mubaligh Kristian ini tidak memilih kaum, bangsa atau agama. Mereka terus berdakwah tentang Nabi Isa disalib dan juga menerangkan konsep tuhan Kristian. Cara mereka mampu membuat seorang melayu Islam ingin menukar agamanya dan murtad kerana cara dakwah orang kristian. Tidakkah kita sedar? Adakah masih memilih taget yang sama dan tidak berani mengambil risiko?

Jika kita bergaul dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Begitulah sebaliknya. Jika kita hanya sentiasa berada dalam kelompok yang sama, apakah nasib mereka yang memerlukan sinar Islam. Islam adalah cara hidup. Itulah kebenaran. Sama-samalah kita muhasabah diri. Jika kita hanya memikirkan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyuruh orang ramai boikot-memboikot, tidakkah kita sedar akan masalah yang berada di sekeliling kita yang sebenar-benarnya memerlukan perhatian kita sebagai orang Islam.

Perjalanan ke akhirat semakin dekat. Tersilap langkah pasti kita akan ke neraka. Ranting dapat dipatahkan dengan mudah jika ada satu sahaja. Mampukah kita mematahkan 100 ranting serentak? Kelemahan yang ada dapat ditutup dengan bekerjasama. Tambahkanlah ilmu dengan membaca. Sentiasalah memikirkan masalah umat dan cara mengatasi sesungguhnya ia lebih baik dari ibadat sunat. Sentiasalah mendekatkan diri dengan Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sudah terbukti Islam adalah benar. Remaja sekarang adalah pemimpin generasi akan datang.
 
 
sumber dari - http://edirozaidi.blogspot.com/2010/06/mencari-kekuatan-dalam-kelemahan.html

No comments:

Post a Comment